Tuesday, August 25, 2009

Lewat

Sukatan suhu emosi di kala pagi td..aku rase sgt cool sbb xnaik2 pon even beberapa perkara muncul pagi td..seperti:-

1- murni call tny name kad - haih* aku xcarik lagi..kelam kabut carik..pdhal nk g keje dah..tp seb bek masih awal lagi! ... so, aku xrase serabut & emosi aku stabil lagi...
2- broach yg match xmuncul plak..- haih* seb bek aku mood xkesah...jadik style lame dahhh....sempoi jek...so, aku xrase serabut jgk!
3- bdk depan aku jln lenggang kangkung [ni pon nak masuk jgk!] - laluan tu sempit..aku redha jek..xseperti baser aku akan cube jugak utk pintas...
4- sampai tpt bas....[sbb tren xdek mslh] - maik ehhhhh pjg gillos....sah bas ade problem nih....tgu punye tgu..selama 30-40min terpacak..naik lenguh sendi kaki aku..bas muncul...tp aku xberasap..xdek pon kesah nk tgk jam..even aku tau dah lmbt..ramai yg dah chow amik cab...hehehe aku redha jek...last2 bas muncul dr tpt simpanan..sah lah bas rosak nims...hehehe tp aku cool jek even dah kol 8lbh...
5- smpai opis..lift plak wat hal..kejap sini benyala..nk masuk dia ttp..smpai 4 lift lah mempermainkan aku ngan kakak ting.19..tp aku relax...jek

muskil gak kn...ni lah hikmah puasa kot...ati & perasaan jadik cool...even aku dlm emosi xstabil disebabkan sedikit serabut ngan jiwa sndr...tah apsal tah..tp arini aku dah cheer up blk..sbb GAJI DAH MASUK! hehehe serabut sbb poket hampir2 kontang..kekekeke

Nota kaki: Lihat langit & awan di luar sana...dah berapa ari aku peratikan..langit & awan sangat cantek!

Saje nak Share

aku dpt citer ni dr email...membe aku fwd kan..meh lah bace sesame k! ...1...2...go!

------------------------------------------------------------------


KOLUM ini tidak keluar semalam kerana influenza A (H1N1) menyerang saya. Namun tiga hari dua malam ditahan di hospital dengan pelbagai ujian dilakukan memberikan saya banyak pengalaman dan pendedahan. Sekurang-kurangnya selepas ini, saya tahu apa yang hendak ditulis mengenai wabak itu. (Malah yang paling bernilai ialah apabila saya menemui sesuatu yang mengejutkan dalam bahagian kedua tulisan ini di bawah).

Setelah ujian calitan hidung dan tekak, x-ray serta darah dilakukan ke atas saya, keputusannya didapati negatif. Doktor kata sistem pertahanan badan saya kuat. Tapi saya tetap diberi ubat Tamiflu (nama generiknya: Fluhalt) sebagai langkah pencegahan setelah simpton-simpton influenza itu memang ada pada saya. Tanda-tanda awalnya, saya sakit tekak semasa tidur malam dan hidung tersumbat. Tapi saya tidak demam.

Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang kena. Tiga lagi anak saya pun terpaksa berkampung di hospital yang sama. Dua daripada mereka masuk ke hospital pada Jumaat lepas dan dibenarkan keluar Selasa. Salah seorang daripada mereka positif.

Semasa dua orang itu sedang dirawat, saya dapati seorang lagi anak saya demam panas pada malam Ahad lalu. Suhu badannya naik sehingga 38 Celsius. Saya membawanya ke bilik kecemasan pada pagi Isnin dan kedua-dua kami diperiksa doktor. Dr. Raja yang merawat menasihatkan kami berdua masuk wad. Maka, akhirnya semua kami empat beranak berada dalam wad. Semasa itu, saya berdoa agar jangan emaknya pula kena. Alhamdulillah isteri saya bebas.

Doktor Mazidah yang merawat saya (yang juga doktor saya selama ini) sempat membuat lawak apabila mendapati kami anak-beranak berada di situ. Dua anak saya didapati positif H1N1 dan anak saya seorang lagi negatif.

Saya syak salah seorang anak saya membawa influenza A itu dari sekolah mereka.
Kebetulan semasa mereka jatuh sakit - sekolah mereka terpaksa ditutup seminggu kerana wabak itu.

Penyakit ini sebenarnya tidaklah berat. Ia seperti demam biasa - batuk, selesema, sakit-sakit badan, sakit tekak yang boleh dirawat dengan mudah menerusi ubat demam, parasetamol dan antibiotik. Tapi yang menjadi masalahnya ia boleh merebak. Virus itu boleh disebarkan dalam jarak kurang tiga kaki daripada pembawanya.
Sekiranya pembawanya bersin, virus itu akan berterbangan dan hinggap kepada mangsa yang lain. Oleh sebab itulah nasihat yang diberikan: jika kita berada dalam persekitaran yang ramai, pakailah penutup hidung dan mulut. Cucilah tangan dengan bahan pencuci atau sabun supaya virus itu tidak masuk ke dalam sistem badan.

Semasa berada di hospital itu, saya diberitahu terlalu ramai yang ditahan kerana H1N1. Di bilik ER (kecemasan) hospital itu penuh dengan pesakit - demam dan selesema menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Yang paling bahayanya mengenai influenza A ini ialah jika pembawanya menghidap komplikasi yang lain seperti lelah, sakit jantung, kegemukan, darah tinggi dan sebagainya. Jika tidak dirawat segera, ia akan berkait-kait dan akhirnya memberi komplikasi yang lebih teruk seperti radang paru-paru, radang saluran pernafasan dan akhirnya membawa maut.

Oleh itu, jika pembaca mendapati diri anda demam, selesema atau hidung tersumbat, batuk-batuk, loya, muntah-muntah, sakit-sakit badan atau cirit-birit segeralah ke hospital, klinik atau pusat rawatan terdekat. Ia boleh jadi bukan demam biasa, tapi influenza A (H1N1) atau juga disebut - dengan nama yang kurang enak, selesema babi.

Sebagai mengikuti SOP kesihatan yang ditetapkan, doktor memberi saya cuti sakit - kuarantin - selama seminggu lagi. Apa pun, terima kasih juga kepada Dr. Ronald, Dr. Sofiah dan juru-jururawat 467 dan 464 sekelian.

Mana perginya tanggung jawab sosial anda?KITA mendengar suara-suara daripada pihak kerajaan, NGO atau juga daripada pihak media menggesa supaya di masa kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan H1N1 sekarang - belum darurat lagi (?!) - marilah kita berganding bahu menolong antara satu sama lain..

Pelbagai cara boleh dilakukan seperti tidak menaikkan harga penutup hidung dan mulut, serta tidak menaikkan harga ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Media pula berkorban keuntungan dengan menyediakan ruangan percuma untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai bahayanya influenza A (H1N1) yang setakat ini telah mengorbankan lebih 60 nyawa dan menjangkiti lebih 80,000 rakyat Malaysia.

Namun malang sekali, gesaan itu tidak semuanya berlaku. Kerajaan terpaksa mengenakan perintah kawalan harga bagi penutup hidung dan mulut yang harganya naik berganda-ganda.

Komersial sekali lagi mengatasi segala-galanya. Komersial mengambil alih soal tanggungjawab sosial.

Syarikat-syarikat insurans juga sama. Ada antara syarikat-syarikat insurans enggan memberi perlindungan kepada penghidap H1N1..

Saya ulangi syarikat-syarikat insurans, termasuk Medijaring yang sepatutnya melindungi saya dan keluarga saya, tidak berbuat demikian.

Saya dimaklumkan mengenai perkara ini semasa daftar-keluar wad di hospital yang merawat saya semalam. Hospital memberitahu, saya kena bayar sendiri bil anak-anak saya yang disahkan menghidap H1N1.

Dalam sepucuk surat yang dikenali sebagai Surat Penolakan, Medijaring memberitahu: Dengan dukacitanya, kami mengesahkan untuk menolak permohonan Surat Jaminan kerana: Lain-Lain Sebab.

Satu tulisan kecil yang ditulis di bawah kotak terakhir Lain-Lain Sebab itu berbunyi: Diagnosis 'H1N1' jatuh di bawah kategori yang tidak dilindungi oleh insurans. Kesemua bayaran harus diselesaikan sendiri oleh pesakit.

Saya ulangi sekali lagi: H1N1 tidak dilindungi oleh insurans? Wahai syarikat insurans, benarkah apa yang saya baca dari surat yang diserahkan kepada saya oleh pihak hospital itu? Jika benar apa sebabnya?

Apakah H1N1 itu sama kategori dengan penyakit-penyakit lain yang juga tidak dilindungi oleh syarikat insurans tuan, seperti: HIV, pembedahan plastik, rawatan menguruskan badan, mencedera diri sendiri, cubaan membunuh diri, bersunat, masalah ketagihan arak atau dadah dan lain-lain?

Yang saya tahu, H1N1 sepatutnya jatuh dalam kategori demam dan selesema yang sepatutnya dilindungi oleh syarikat insurans.
Mana kita tahu yang demam atau selesema kita itu kemudian ada kaitan dengan H1N1?

Di masa negara memerlukan sokongan tuan-tuan sekelian dalam menghadapi malapetaka wabak ini dan rasa patriotik kepada anak bangsa dan negara ini - di mana perginya maruah syarikat-syarikat insurans terbabit?

Sila jawab!


----------------------------------------------------------------------------------------

Monolog aku: Insurans xcover ek?...haih* simpati ngan para pesakit yg mengalami mslh ini...semoga aku tembam2 sihat2 aja & dilindungi dari penyakit ini..Amin [aku xmo dah doa mintak demam..sbb pengalaman taun lepas mmg buat aku SERIK utk DEMAM!]

Good Bye 2018

**pic from google