Ok lah, sempena bulan yang mulia ini & masing-masing masih mood RAYA dan cara-cara nak menghilangkan rasa boring sebab mood nak start keje tak mai...meh aku ajak main satu games....simple jek....
"Berikan satu perkataan yang ada suku kata RAYA"
cth:- Puduraya
Owh ni lah games yang aku ngan kazen aku main mase mlm raya pertama..kekekee, sbb masing2 boring & cuba utk menghilangkan rasa mengantuk masa beraya di rumah maklong aku. Ok, semua list yg korang tulis aku akan update kat sini...
-------------------------------------------------------------------------
Eja - Kotaraya
Murni - Duit raya [sorry, ko dah tak masuk dalam list dapat duit raya kan? hehehe], beraya, suraya [ ko dah macam kazen aku....siap kate suraya ni valid utk games ni..huahuahua boleh lah]
Akram - hantu raya [mentang-mentang tahun ni, semua TV dok pulun tayang citer hantu/seram jek]
Mira - jalan raya [ni mesti kes, terkenang jalan raya yg dilalui nak balik besut nih] , hari raya, siaraya [siaraya ni ape ek mira?]
Kenanga - Lebuhraya, Besraya, [hantu raya, jalan raya, dan duit raya dah ade yek]
Amoi - Bunga raya, pilihanraya , kuih raya [semua pakat tulis banyak-banyak..layan kan jek] Sepul - langsir raya [boleh diterima ke? xpe letak dulu...byk lg ni....boleh letak kan.,.]
Yun - Balai raya
p/s: ish....mane yang lain ni.....ade byk lagi ni...