Tuesday, December 28, 2010

Cemburu VS Tak Kesah

Cemburu

Perasaan ni biasa jek, dan ianya lumrah bagi yang bernama manusia,. Akan jadi sesuatu yang pelik sekiranya tidak wujudnya perasaan ini dalam hati manusia tersebut. cemburu ni pada aku, ada pelbagai kategori, dan paling mudah aku asingkan dia, cemburu positif dan cemburu negatif. cewahhh tetibe jek ada positif-negatif vagai. Ok, standard hukum kehidupan, positif ni baik, yang negatif tu sebaliknya lah kan. Pada aku, cemburu ni normal, bila seseorang tu tak reti or tak paham ape tu cemburu, memang something wrong somewhere lah bak kate mak si Dottie [tetibe ade orang lain interprem..ahaks].

apa yang aku kata cemburu positif adalah, macam sang isteri cemburu bila suaminya asik lah berborak dengan kawan baik dia yang mana seorang perempuan, normallahkan, seorang isteri cemburu, dan cemburu seorang suami, apabila sang isteri asik lah ralit dengan TV sepanjang hari..hehehe ni pon aku rase normal, sbb kat TV skrg ni melambak plak drama-drama menarik..xlame lagi Spa Q akan kembali...foouhhhh.... ok selain itu, cemburu pada rakan2 yang berjaya jugak tidak salah, dan merupakan satu sifat yang sihat ye kengkawan sekalian, di mana dengan sifat cemburu seperti itu, kita akan berusaha lebih keras utk berjaya seperti rakan kita kan?

bagi cemburu jenis yg negatif pula adalah terjadi apabila, dia menukarkan cemburu kepada rasa meluat + menyampah tanpa sebab. contohnya, dia cemburu kawan dia pakai kereta canggih tapi dia mengeluarkan ayat mengatakan kawan dia tu hendak menunjuk-nunjuk sifat sedemikian tidak pernah di ajar ye di dalam mana-mana agama. tidak baik! selain itu, pabila cemburu kita mula bersifat agresif sehinggakan sangguplah berjumpa bomoh vagai & sanggup memberikan selempar dua penampar & tendangan padu. ini pon tidak baik! dan bermacam2 lagi...

pada aku cemburu tu tak salah, tapi biar berpada-pada & kena pada tempat nya. ye tak?

Tak Kesah

Memiliki sifat Tak Kesah ni adalah sebenarnya bagus, tapi..... [mengapa ada tapi ek?] pada aku lah kan, biar kena pada tempatnya. Menjadi seorang yang tak kesah ni mudah, mudah utk di uruskan. dan mudah utk di bawa berbincang. tapi yang tak bestnya, sbb apa yang dibincangkan mungkin tak mendapat kata putus yang terbaik kerana si tak kesah ni, akan tak kesah apa pon keputusan yang di buat. hehehehee contohnya, kalo dapat pasangan yang tak kesah akan penampilan diri, pada aku memang senang lah nak handle kan, mungkin tak cerewet kan. ya kan? tapi hakikatnya, ke tak kesahan dia itu akan memakan diri, contohnya, pegi keje pon asal boleh, sbb dia tak kesah kan..hehehe bayangkan lah....nak ke mengaku tu pasangan kita...muahaha mengata jek lebey..aku sendiri asal boleh jek kalo pergi keje kan. lagi satu, bila tanya apa2 soalan..asik tak kesah jek jawapan yang diterima...rasa-rasanya, boleh ke si penanya ni bersabar? hehehe pikir2 kan lah sendiri ye..


maka nya..yang sebenar-benar nya....kalau di beri pilihan, cemburu atau tak kesah, mana yang akan menjadi pilihan hati? cewahhhh mcm aku kena pilih baju kelabu ke baju purple kat jusco tadi..muahhahahahaha niat nak carik baju purple. tapi kaler kelabu lagi memikat mata...hahahaha seb baek tema kawen sabtu ni puple....hehehe terpaksalah pejam mata, xmau toleh pada si kelabu.....

Nota kaki: sebenarnya aku takde modal nak update belog, maka, terpaksa lah merapu tah apa2 jek nih...

Good Bye 2018

**pic from google