Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010

ya..beberapa saat lagi, bunga api akan bersepah di ruang angkasa. Macam biasa, aku tengok dari rumah ajelah, melalui TV & tingkap..hehehe

2010, meninggalkan banyak kenangan. Antara tahun yang tidak akan aku lupakan., kerana bermacam-macam dugaan berlaku pada tahun ini. Walaupun sedemikian, aku berterima kasih pada 2010 juga, kerana merwarna-warnikan kehidupan ku sepanjang tahun ini.

mengimbau kembali,

6 bulan pertama adalah bulan-bulan yang amat perit utk dilalui & ada juga yang manis utk dikenangi. Yang pahit di jadikan sandaran. yang manis tu aku kenang sampai bila-bila.

dan 6 bulan yang terakhir ni adalah bulan yang sangat mencabar kerana aku cuba untuk melakukan perubahan pada diri sendiri, lauaran dan dalaman. alhamdulillah adalah sikit perubahan. Bukan perubahan apapun, cuma aku berusaha untuk melakukan kembali perkara-perkara yang biasa aku lakukan ketika sekolah dahulu..dan usaha untuk memperkukuhkan kewangan seisi keluarga..hehehee

dan satu kebanggaan, bila 10 senarai yg patut aku genggam capai utk 2010, aku berjaya laksanakan 8 daripad nya...cehhh kalo kat sekolah dah dapat 80% kan...terus score 'A'. oklah yang lagi dua tu terpaksa lah di bawa ke tahun 2011.

dan semoga tahun depan....ehhh dah masuk lah kot...apa yang aku impikan akan tercapai.

Selamat tinggal 2010...selamat tinggal kenangan.

Good Bye 2018

**pic from google