Thursday, December 29, 2011

Episod Akhir

Aku plak yang nervous kan. ahaks. sanggup tu semalam menunggu citer Dhia dan kunun nya nak balik lepas citer Dhia, tapi, kemalasan nk drive gelap-gelap ni dijadikan alasan..hehehe walhal nk tgk citer korea kan.

ok, aku nervous sangat apa yang akan jadi dengan SALMI. aku xheran kan dhia sebab aku tau, orang baik yang sabar, memang selalu di uji, so, ending dia kompem akan bahagianya. tapi orang jahat tu, aku nak tengok apa jadi kat dia..koman2 aku dah tengok Melly jadi baik kan..dah hampir-hampir aku memimikirkan aritu., citer ni patut tukar kepada tentang Melly sebab beberapa episode yang lepas kan asiklah pasal perihal si Melly ni kan..kesian Dhia, sampai skrip pon orang nak potong..hehehehe

oklah, yang penting harini kena balik awal, dok bertapa depan TV yeahaaaaaa....

ok babai.

Thursday, December 22, 2011

HURU HARA

Since semalam, aku berada dalam situasi kelam kalibut + huru hara + serabut + mencungap + macam-macam lagi. ok di mulakan dengan kejadian bateri phone ku MAMPOS di kala pagi hari rabu. dan cari charger utk di pinjam, mg kebetulan takde plak orang yg bawak ke opis.. huwaaaa nasib baik ada Mr. Moto membantu..hehehe terpaksa tukar simcard kan....pakai lah phone moto tu. legaaaaaaaa dahlah aku hangin, charger phone nokia aku tah mane lesap kat rumah sewa tu kan....ish ish..dan petang tu aku terpaksa lari ke suatu tempat setelkan urusan barang aku dengan kawan aku. huh...bayangkan lepas opis hour....jalan kat KL ni mana ada yg clear kan..hehehe setel semua dah kol 7lbh.. yolah dari sri petaling ke jln kebun ok! dan dr jln kebun tu drive plak ke cyber utk misi makan kambing di saba'. huh..letih makcik drive melibihi 150km dalam KL sahaja utk 1 hari. mcm boleh kampung jek tu... lg best, phone moto aku tu memang xdek no geng2 ATAT aku tu dan no DD boleh plak save separuh jek..pdn lah aku call semendang xdpt dr ptg tu..ishhhh serabut sungguh aku. nasib baik aku hafal no si Mira..kalau tak wassalamunlahjawabnya. uhuk. dan aku sampai derang nk order pon..then aku pon order...ok Mandhi lamb...slurrrrpppppp tapi aku sangat pelik orang lain dah makan dan yg datang lambat pon dah dpt order..aku masih xdapat2 lagi..rileks jeklah kan...walhal dalam hati dah membara sebab lunch aku xsempat makan. jangan di tanya sebab musababnya kan. dan sampai lah aku dah tanya 5kali kat pekerja dia mane order aku kan..last2 dia kata dah habis...memang aku rasa malas dah nk makan kannnnnnnnnn...terus tukar order amik kebab..sob sob...selamat jalan kambing...tp nasib baik....sebab ada lagi stok mandhi lamb..dptlah aku makan..org lain dah sibuk nyanyi2 hepi besdae vagai..aku baru nk telan nasik..kembung dah perut aku minum air teh arab tu kan. dah jumpe geng2 kompem lah blk lambat kan...dan sampai rumah kemas sane sini...kol 1am jugak lah dpt lelap. huh esoknya....dalam kelam kalibut pergi kerja xperasan henpon moto aku tertinggal..memang biasa pon tertinggal tapi kan aku dah tukar sim card..huwaaaaaa sekali lagi...no utk opis tu kot...hukhuk..xpe koman2 aku akan tenang lah haritu kan..sbb tiada call..hehehe tp hati xtenang jugak sbb user rajin call aku direct kan...jangan ade yg mengkomplen udahle....ok aku kelam kalibut pagi2 tu sbb dah terlambat nk singgah pej pos dulu..nk amik barang and nk pos barang kan....sampai opis....aku kena conferance call plak sambil berNetMeeting..serius xsuke pegang phone lelame...ni sampai lebih 2jam setengah ok..sampai rasa nk muntah hijau..ahahaha over ok...tp masalah tetap xdapat diselesaikan lg..huh...

dan aku mula serabut xtau mana 1 yg nk disetelkan dulu coz ada lebih kurang xsampai 15hari untuk aku setelkan semuanya...rasa nak turun lepak kat surau jek..sbb mmg serabut ok!

dah itu jek kisah serabut dan harini..jumaat..masalah bateri kong terjadi lagi. dan aku pon terus bengang lagi sebab ketiadaan charger.. siapa kata orang tak boleh hidup dengan phone sahaja. ketiadaan charger pon membuatkan orang sasau..yolah kalo ada phone tapi tak boleh berfungsi pon tiada gunya jugak kan.

adios.

Tuesday, December 20, 2011

Pasar Malam

Semalam aku beli 2 ekor ikan selar, sekeping ikan tenggiri, 5 ekor sotong dan xsampai 20ekor udang yg sedang-sedang jek size dia....semua ni berharga RM19.80..syabas!!!!!!! dan aku beli 4 ketul ubi kentang, 7-8 ulas bawang besar & lebih 30biji bawang merah dan cili giling sebungkus, semuanya RM7.80, syabas kali ke-2. dan aku pon ke kedai sayur, pilih beberapa batang kacang buncis (utk sekali makan utk 2org jek)+ 1 batang carrot + sepotong kecil kubis bunga, sebungkus cendawa & sebungkus tempe & 6 biji cili hidup yang semuanya berjumlah RM9.00. total semua adalah RM36.60

Aku rase, lebih baik aku tapau jek meehon sop (isnin)-RM3.50, nasi ayam kukus (Selasa) - RM 5, Nasi goreng + telur Dadar (rabu) RM4.5, char kuew teaw (khamis) - rm4 dan Nasi kerabu (jumaat)-RM5.50, yang baru berjumlah RM22.50. Jimat masakan tak payah nak berlengas-lengas kat dapur. huh~ emo aku jadinya. takpakkalah aku nye tekak ni problemo kalau time puasakan, tengok makanan kat pasar malam mmg xlalu, singgah kedai pon lagi lah...nak tak nak kena masak kan...aiyooooooooo....

so kalau tapau jek aku jimat RM14.10 dan 7.5jam untuk 5hari. (Sejam ni, RM180 tau) hehehehee

dan bukan kisah pasar malam, aku just pegi beli sedikit barang dapur, alah takat minyak masak 500ml, maggie 3bungkus dr 3jenis, air mineral 10 botol 1L, ridsect, clorox, ubat lipas+semut, mayonis botol paling kecik dan brand saji jek pon, susu pekat manis brand jusco, dan kena charge RM63.++. Naik jibul jugak lah aku dok belek resit tu..hehehehehe

Nota kaki: aku nak kata barang adalah sangat mahal sekarang. SEKIAN

Cyst

Mula-mula aku bace kat wikipedia jek.





Sajelah nak mencari info pasal Cyst since dah beberapa geng aku yang dapat penyakit ni. Even penyakit tak kronik but still lah hazab nak tahan sakit bila ianya menyerangkan. terjumpalah info yg senang nak paham akan jenis-jenis cyst ni. memang aku tau cyst ada beberapa jenis but tak sangkalah sebanyak tu kan..ahak..ok nak tau boleh baca kat sini..simple & mudah nak paham. tapi list lagi panjang dalam wiki tu.,


and simptom-simptom nak kenali penyakit ni pon boleh baca dari link tersebut.

and ade kes tak perlu operate vagai sebab cyst ni boleh baik sendiri. tapi depends lah. aku rasa kena pantang makan jugak kot. mungkin.aku cakap mungkin. dapat info nnt aku share lagi

Pilih Kasih

Alangkan mak yang mengandung dan melahirkan anak pon tak dapat nak berlaku adil dalam pembahagian kasih sayang pada anak-anak yang berderetkan...inikan pula nak bahagikan kasih pada kawan-kawan terchenta.





Sebabnya....





kehidupan yang normal, manusia takkan memiliki seorang sahaja kawan/sahabat dalam 1 masa. dan sekiranya, ko hanya memiliki seorang sahaja kawan/sahabat. serius, ko adalah dalam golongan kurang normal. huhuhuhu dan persoalan aku : Tak muak ke? huk huk..eh silap...xjemu ke?





bagi aku,





untuk tidak rasa bosan dalam kehidupan, yolah bosan tu wajib, kalau tak lagi tak normal, sebab kategori takde perasaan kan...kan ..kan? tapi kita boleh mengurangkan rasa bosan tu dengan adanya kawan yang ramai. contoh kalau ko ada sorang kawan, tapi kawan kau tu kuar dating ngan balak dia. maka ko pon jadilah tiang seri terpisat-pisat kat rumah or jadi ranting-ranting yang termangu-mangu kat tpt public sorang2. huh, even aku ni ni jenis tak kesah utk kuar meronggeng sensorang, but takde kawan nk bersembang dalam sehari..at least kena ada chatting/sms pd seseorang sehari...kalau tak sawan weh..... bayangkan kawan ko tu lah sorang jek..dia lah sebelah ko kat opis, dialah geng makan ko dan dialah geng meronggeng ko di kala weekend dan dialah geng balik kg, bayangkan tetibe sumthing happen and dia terpaksa adahal utk waktu yang xperlu lah lama, cuma 5hari, tanpa connection to dunia tanpa sepadan. then, apa akan jadi pada kau yang memang kera sumbang utk bergaul dengan orang lain. then what happen if dia kawen, and laki dia jenis xsuke bini dia kuar berkawan..hak hak...even orang dah kawen pon perlukan kawan yang ramai. sebab takleh nk lambakkan semua cerita pada seorang.





macam aku,





kawan kena ramai ehh silap, kena banyak jenis...ehhhh lebih tepat kena ramai dan kena pelbagai. pelbagai ni general, sebab ko erang-terang ada byk minat dan cabangnya. sebab sorang kawan xboleh nk merangkumi semua aspek..giller boring..citer pasal sukan dengan dia..citer pasal balak taste dengan dia..citer pasal masakan dengan dia...cehhhhh aku pon muntah sebab...seolah-olah..citer masakan ke sukan ke hobi ke..same jek rentaknya...hahhaa takde kepelbagaian.





kawan aku kena ramai,





sebab bila sorang xavailable, aku ada yang lain yg kompem akan available.. impossible semua orang akan bz pd waktu yg sama, kecuali time raya pertama..sebab tentu-tentu lah fokus kat femili..ehh femili pon dikategori kawan tau..ngan mak aku pon aku kawan okeh..geng sembang aku..if aku lameeeeeeeeeeeeeeeee tak balik kompem mak aku sasau sebab takde geng sembang...hikhik.... dan mak-mak sedare aku pon kawan aku....best plak bila dah di alam dewasa ni sebab kita boleh bersembang dengan mereka tanpa sempadan..har har..which is, mak aku takkan kuarkan ayat "jangan nak menyampuk orang tua cakap" or takde lah lagi kena sepit ketam berbisa kan..hak hak hak..... those yang kata dia ada sorang jek kawan/sahabat...dia adalah penipu..lagi penipu if dia dah kawen...sebab laki dia tu pon kawan..dan if dah anak..anak tu pon kawan....hehehehe bagi suami tu kena multipurpose, same mcm fungsi seorang isteri kan. mane boleh jadi isteri jek 24/7 pd suami kan...kenalah jadi kawan, membe, abang, adik, kakak, pakcik, makcik, kekasih, kesayangan dan segalanyalah. barulah senang berkomunikasi. tapi kenalah pandai sesuaikan situasi..jgn all the time ko nk anggap laki ko kawan..mau laki ko tu rasa dia bukan ketua keluarga dah kan dan terang-terang dia rasa dah tak disayangi..hehehehehe





ehhhh apa sebab aku melalut ek? bukan ke topik pilih kasih. yehaaaaa





sebabnya, ada sorang tu kata dia ada sorang jek kawan yang mana sahlah bukan aku kan..walhal dia dah kawen dan dia dah ade anak nak masuk 2 orang.muskil aku.... xpenah ke dia bersembang ngan anak dia mcm sembang dengan kawan? ish ish.... kesian laki dia sbb dia anggap sebagai suami jek..muahahahahahaa aku cume nak persoalkan..antara anak & suami pon korang tak akan adil 100% kan dalam pembahagian kasih ni. betul tak. dah jgn layan kan aku merepek yang dah jauh menyimpang dari tajuk. lain nk coretkan. lain plak yg aku curah.com kan di sini. hampesss








oklah..dah malas nak type sebab dah waktu keje balikkan. hahahahahaha

Friday, December 16, 2011

Syiria Balqees

Stok Syiria Balqees dah kembali, bolehlah ORDER dari saya di thebajukurungonline.



Terdapat dalam 10 pilihan warna yang menarik. dan untuk pengetahuan semua, harga masih sama dan untuk masa akan datang, saya tak boleh nak menjangka, sama ada masih kekal or berubah.


Wednesday, December 14, 2011

Tentang Dhia

Siapa layan cerita Dhia ni kat TV3, slot Akasia untuk tayangan bermula 7pm-8pm setiap Isnin-Khamis. Fouuhhh... siapa layan sila baca entry ni. siapa tak tengok, buatlah kerja lain yek ahaks. kang tak paham plak apa yang aku bebelkan.

ok, siapa tengok episode semalam sila teruskan membaca...uhuk. suspen tak semalam bila mummy Zikir cakap kat phone dengan tok bomoh tu then tibe-tibe mak Dhia ada kat belakang..kussssssss semangat lah kan. ahaks.. nak tanya suspend ke x? hahaha aku punya lah terkujat kan.

dan sapa nak bace sila teruskan, aku terpikir, ada jugak mak yang jahat macam tu sampai tergamak nak bagi anak sendiri makan darah kambing..uweekkkkk kembang tekak, kembang urat saraf aku kan. ish ish....

makin suspen kan? dan xsabar nak tunggu episode harini, tinggal beberapa episode jek lagi nak ke penghujungnya iaitu episode ke-28. dan aku rasa mak si Zikir tu mmg betul-betul gile, huh hantar ajelah ke tanjung rambutan. seram weh.....

Apa lah jadi harini ek? ish ish ish

Nota kaki: dan siapa tgk Cinta Elisya semalam. dah tamat ke cerita tu?

Single-lens reflex (SLR) camera

Makin melambak SLR camera yg ala-ala DSLR kat market ni kan. Ok, mula-mula aku dok usha Lumix GF-2 then now, dah keluar GX-1 yang baru. har har duit pon xcukup lagi utk aku merembat keluar camera ni dari kedai. takpe, maybe dat tym dah kuar GX-2 kot. ahaks.


Selain Panasonic, samsung, sony and nikon pon dah kuarkan kamera jenis. but donno why aku xberminat dengan nikon tu. payah nk explain ni. then, function yg ada pada samsung ni agak canggih jugak. but also donno apsal aku x berapa nk minat. eventho olympus pen pon lom berjaya menarik perhatian aku. ok enuf.




ni perbezaan pandangan depan dan atas utk lumix & samsung. dan baru-baru ni Sony pon dah launch model terbaru kamera jenis macam ni.







see, kan aku dah ckp. xlame lagi..ornag xlayan dah DSLR> sebab berat dan akan digukan oleh golongan pro jek mcm dulu kala. yolah aku ni pon nk beralih arah sebab xberbaloi nk ke kenduri kawen utk snap 2-3 keping gambar, tapi terpaksa hangkut camera yang berat dia 3-4kg dan boleh menyebabkan aku sakit bahu. sorry bahu i nak pakai lame k! dats y aku nk seperate kan kegunaan camera ni..cewahhhh mcm orang kaya yang tak tau nk buat apa ngan duit kan. sebab aku lom berapa nak banyak duit..dats y, aku masih menservey dan terus cek stok jek kat kedai.. utk keluarkan stok masih lom berkemampuan.






makanya, layankan ajelah gambar.






fungsi camera ni seakan-akan DSLR buat ada limitation lah kan.tp berbaloi lah..kurang masalah gegaran..ke gambar goyang sebab camera ni xberat..huhuhuhu. dan sesuai utk orang yg malas mcm aku. so, apa-apa brand pon ok, sebab janji pandai jaga & pandai guna.. huhuu masalah orang sekarang semua nk pandang pd brand, tapi hakikatnya nk menunjuk aja...oppsss terlaser plak. yg penting beli ikut bajet & kegunaan.










Friday, December 9, 2011

I’m sorry, I can’t be perfect

ya aww..awww tajuk mungkin memuskilkan para pembaca..ahahha (ayat ni lagi poyo.) kompem korang kompius. just nak bgtau, dulu aku giller benau dengan lagu ni. dan tertahu (ter tu yang tak tahan) yang kumpulan yang nyanyi lagu ni..sape lagi kalau bukan Simple Plan ni, akan mengadakan konsert di KL. KL uols, kompem lah i tak kan pergi kan..hehheee jangan di tanya kenapa, i kan tak suka tempat yg bingit-bingit ni. hehehehe

oklah kalau nak tau lebih lanjut konsert tu akan berlangsung pada 14 Januari 2012, 8:30 malam bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpurharga tiket ada RM98 paling murah, dan kalau nk selesa belilah yang RM188, takpun duit banyak sangat boleh rembat tiket berharga RM258.

but i'm sorry, i can't be perfect. to those nak yang perfect, sini memang tiada...seperti tiada dlm perkhidmatan. or silalah ke kaunter lain. harap maklum.terima kasih kerana berurusan dengan kami. cewahhhh.. (siapa makan eskrim vanila takkan terasa lah cokelat di tekak dia)

Jom Beli

Stok tudung baru telah di update di http://thebajukurungonline.blogspot.com/. Rajin-rajin lah menjengah sambil order apa yang patut. Semua tudung dari material Cotton Lycra. kain cotton lycra sgt lembut dan selesa ketika di pakai. Dan corak-corak seperti ini, memang susah nak di dapati di pasaran luar.

Macam biasa, ada versi SYRIA (hanya RM29 sehelai untuk Outer sahaja dan RM8 sehelai untuk inner sahaja)





Selain SYRIA, tudung awning dari fabrik & design sama pon ada. so, sesiapa yang xminat untuk memakai tudung syria, boleh lah order yang awning dan sebaliknya juga.




Oklah, jangan lupa jengah ke http://thebajukurungonline.blogspot.com/ untuk melihat stok baru dan stok yang masih available.






Tuesday, December 6, 2011

Palpitation

Since pagi semalam, heartbeat aku ni tunggang langgang, kejap normal kejap laju. cehhh ingatkan sebab kopi ais yang minum kat Roti Boy Ahad malam tu, tapi takkan lah sampai harini, Selasa pon tak ok lagi kan. dan mulalah aku pikir, ubat apelah aku tertelan, tapi pelik, aku telan madu jek pon tetiap hari. aiyoooooo pening, ni dha penyakit lain plak.

Ingatkan rasa nak DEMAM, tapi tak jugak. suhu badan maintain OK jek.. ish ish...cek mata...mcm biasa, asik merah jek kalo dalam tempat sejuk. hahahhaaa

last2 dapat jugak jawapan, dan dan dah tak rasa berdebar-debar dah...mean back to normal lah kan.hehehe maka berbuka malam ni nak makan apa ek? Lagi tah apa-apa.

Saturday, December 3, 2011

Dah tengok KENALAH review kan

1) Jalan cerita of coz lah kureng sket dari Novel kan. tapi takpe, mane nak tepek semua slot dalam masa 2jam kan. hik. TAPI bila part yg penting tertinggal, mesti lah rasa SPOIL kan?

2) Apsal semua orang boleh nangis tengok, aku sobok dok gelak jek dalam wayang tu. hehehe MASALAH mental kah aku? Banyak part yg menggeletek paru-paru ok. Tak Caya korang tengoklah. hahahaha

3) Masalah bajet ke apa Movie OMBAK RINDU ni? aiyooooo tempat dah cantik, tapi rasa kekurangan ok, rasanya kalo dijadikan drama lagi menarik. Takde lah nak ungkit part kekurangan tu kan.

4) Kalo gantikan Lisa dengan Fazura, aku rasa better kot. Lisa tak sesuai lah nk jadi gadis yang emo-emo ni kan. dan Datuk Sofiah tu aku rase kena tukar dengan OGy Ahmad Daud. Aku plak verangan nak jadi pengarah & penerbit.huwawawa marah lah Azizah Mahzan ngan Lisa. Derang berlakon OK cuma watak tak sesuai aku rasa utk mereka. Maka jadi lah watak Datuk Sofiah yg sepatutnya Tegas & orang kaya tapi jadi macam Datuk yang emosi + menggedik sket. yang Lisa plak, asal marah jek hidung kembang kempis..aiyooooo cameraman, tu part yg korang fokuskanplak.

5) Part paling best, sbb abg Aaron ada dan Maya nya lakonan pon OK.

6) Editing dia pon macam kurang, sbb apa yg patut di crop still ada dalam tayangan. mcm tah apa2 jadinya. aiyoooo....part kat pantai tu apsal ade sorang mamat tersesat...dan mcm asal boleh jek..and masa nk ending, time Izzah ngan Mila dok kat sawah tu, apsal lah nampak ape ke benda alah yg digunakan mcm mcm mic kecik tu dia pakai kat pinggang belakang..hahaha kantoi....

7) dah letih lah....aku bg 3/5 dapat 3 bintang sbb abg Aaron..huwahuwahwauhuwa

Ombak RIndu



Berjaya jugak aku beli online tiket ni. hampir-hampir berputus asa lah jugak kan. But, orang yang sabar pasti berjaya. cewahhhhh... maka, esok dating ngan Dewi. Aku siap baca balik novel ni last weekend utk amik mood nak tgk wayang. takut terlupa cerita, maka xdapat lah nk compare between movie & novel. Gigih kan aku? Biasalah, pakar pengkritik drama serahkan pada aku..hahaha terlebih doss tengok drama melayu lah kan...

tapi berbaloi lah juga, sambil cuba sampai jaya dapatkan tiket, 2trip baju aku selamat di basuh. hehehe apsal lah masalah aku ngan baju-baju ni tiada kesudahan? huh~

Ada orang review kata best kan. So, baik pergi tengok sendiri & rasakan sendiri. Dewi dah pesan bawak tisu..har har har har har har

Nota Kaki: sebenarnya, aku tak sabar nk tengok abg tuff a.k.a Aaron Aziz tu. dek kerana tentang Dhia sampai Khamis jek. tak dapat tgk abg Adi Putra, dpt tgk Abg Aaron pon jadilah. uweekkk

Good Bye 2018

**pic from google