Sunday, February 6, 2011

CNY @ Hatyai



Percutian pendek [3-5 Feb 2011] tapi berbaloi walaupon letih travel dengan keretapi ni. tp pengalaman yang sangat marbeles. Abaikan dagu aku yang berlapis tu [dan td bon kate aku dah berisi...sob sob...kena diet kot], cuma nak tunjuk bukti dah sampai..hahaha muke sememeh xmandi lagi. selama ni naik keretapi ke Dabong jek kan. dan kali ni best sbb amik katil terus...memang nyenyak aku tidur..sedar sedar..suara mengalunkan perkataan.."Subuh..Subuh..Subuh" trip yang sempoi anjuran Atat. kali ni alhamdulillah ramai jugak yang join.dalam 27org & 2 org kanak-kanak..ehh kategori baby lagi ni..

yang best adalah air terjun & floating market & pulut mangga & air ovaltine kat 7E. tempat best mesti sekejap jek singgah kan..hope nnt boleh ke sana lagi.. overall bajet hanya RM350 sahaja termasuk tiket keretapi, hotel, makan, shopping sikit2.

Tak Ke mana

26-30 Jan 2011.

Memang tak ke mana-mana pon.oppss tapi sempat lag singgah Hj. Ismail beli cokelat 2-3 ketul utk keluarga & rakan-rakan. Selebihnya, memang berada sekitar hotel ini sahaja. Kalau boleh berlingkar dalam hotel jek takpe lah jugak kan.tapi apakan daya. itu hanya angan-angan mat jenin aku sahaja.
dan 4 hari tu memang penuh dengan aktiviti sahaja. tapi enjoy sebab banyak jugak gossip panas yang lagi sensasai dapat dikutip. giller kaki gossip rupenye aku nih ek. abaikan.bukan lah gossip apa pon. gossip pasal kerja jek daaaa...suspen jek kan..ahaks... well, program ni memang dapat merapatkan ukhwah. sekurang2nya mereka semua dah kenal siapakah YUN..huahuahuahua





Semoga apa yg di doakan oleh mereka di sana..akan di makbulkan. Amin.amin.amin ya rabbal'alamin


dan semoga dpt kembali ke tempat ini bukan untuk tujuan kerja..muahahaha impian tak nak kalahkan...ahaks...








------------------------------------------------------


aku tau ade yg menanti gambar..ha ape lagi..copy & paste lah yek...ahaks







Cemburu

Memang aku mengalami sindrom kejelesan tahap 101.11% kepada kawan-kawan aku yang bekerja & menetap di Melaka. Saya sangat jeles..sekian laporan dari balai berita Bangsar South [hehehe mati lah kena kutuk...dush..dushh] utk berita penting sebelum maghrib

Good Bye 2018

**pic from google