Saturday, April 16, 2011

Krabi - Phi Phi Island - Ao Nang - Krabi

Entry yang dinanti-nanti akhirnya berjaya aku siapkan. aku start upload pagi td, tp malam ni jugak baru dpt pos. ahaks. Percutian yang dirangcang oleh ahli GGOs tetapi yang terbang hanya EMPAT orang sahaja. masing2 yg lain ada masalah itu ini kan. tapi tak mengapa, walaupon 4org, kami tetap enjoy. sebabnya AAK. entry in adalah kesinambungan pada Entry Intro. Dan alhamdulillah cuaca memang baik sepanjang kami di sana. Syukur lah kan sebab dapat melaksanakan aktiviti dengan perasaan gembira.

Welcome to KRABI.


Sampai jek di lapangan terbang kami terus ke kaunter ejen untuk mencari teksi/kereta sewa utk ke jeti kerana kami akan terus ke Phi Phi island. Dari Airport ke Jeti hanya 350bath utk sebuah kereta. mereka bagi honda civic. kelass gitew. kat malaysia, kompem naik proton iswara. paling hebat dapat naik waja kan. hehehehee

Dan driver tu bawak kami ke tourist centre, budak2 ni decide nak beli terus tiket utk feri & transport nak balik ke airport nnt. dari jeti krabi [aku lupe nama dia] ke phi phi island, hanya 450bath sorang. dan tiket balik ke ao nang pon sama harga. cuma sewa teksi/kereta utk balik airport 600bath ya. ingat lah harga ni, sebab aku rasa dah di standardkan. hehehehee
ingatkan feri pukul 3pm, sekali kol 4pm daa...makanya, kami pon lepak lah minum di cafe berhampiran jeti tersebut sebab kedai makan semua tutup. almaklumlah jumaat. aktiviti di atas feri. tidak lain melainkan bergambar. apa barang duduk dekat seat jek kan. kompem sesi lawatan ke sekitar feri perlu dilaksanakan. hehehehe ianya dinamakan lawatan sambil bergambar ye.
dan aku tersuka plak scene ni. tak tahu kenapa. macam iany menceritakan sesuatu. dan sesuatu sedang bercerita. ceritanya bermula...pada malam ini, suasana gelap, bila gelap ada hantu..hehehee itu jek
dan setelah menempuh perjalanan selama sejam setengah lah jugakm akhirnya bayangan Phi Phi island kelihatan. perasaan teruja toksah cakap, dari jauh dah nampak kegempakkan pulau tu kan. memang dalam hati hanya menyebut, Subhanallah, serius lah bersyukur sangat sebab selamat sampai. yolah kan berita hujan lah banjir lah.
dan jejak kaki kat jeti pulau ni, memang teruja sebab dapat melihat pelbagai kerenah manusia. semuanya rasa macam tak percaya.
lagi mengagumkan suasana & susun atur penempatan kat sini. rasanya ini hasil selepas tsunami dl kan. dan kat sini semua orang jalan kaki, paling busuk pon ada basikal. comel ok! dan paling hebat motor abg polis. ahaks. dan jalan kat sini rasa macam nak terus tinggal kat situ jek. tapi hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan. kalau lah kampung aku macam tu, hahahahaa kompem tak wujud lah impian nak datang ke KL. ahaks.
dan dah nama pon tempat perlancongan, makanya kedai jual barang yang boleh di buat ole-ole memang melambak dan bersepah. tak lupa jugak kedai urutan thai pon bersepah2. hehehhee kat sana kami menginap di Phi Phi October. cantek lah cuma kena naik tangga tinggi dan best sbb mengadap ke laut.
kami sampai kat hotel tu dah petang sangat, dalam kol 5lbh rasanya. yolah budak baru belajar baca peta kan. hehehehe tak sesat cuma jauh lah jugak kena berjalan dari jeti tu. tapi bila dah biasa, lah dekat jek pon kan. hehehee sampai bilik, masing2 bersihkan diri lah kan sebelum start keluar untuk mengisi perut yang dah mula berdondang sayang.
kedai ni aku xhengat namanya. tapi dekat jek ngan tempat kami menginap. dan seperti biasa semuanya si pop yg order. makan jek lah.
dan selain tu, banyak lagi makanan lain yangs edap2 di jual di tepi2 lorong tu. dan arak pon bersepah macam jual air mineral. see, they sell pakai baldi jek. no wonder aku tgk ramai lah mat salleh dok ngangkut baldi ni ngan straw kan, rupanya style kat sana minum dalam baldi comel ni..hahahhaa
dan barang2 yang dijual memang cantik-cantik belaka. menggoda lah keimanan aku tapi aku kan waras, aku kan berniat pergi bercuti adalah bukan untuk bershopping, maka berbelanja seadanya ya.
pendek kata baju pon melambak. serius banyak yang berkenan tapi terpaksa pendamkan ja. takpa lenkali bawak orang yang boleh sponsor semuanya ok! hhehehhee
kat phi phi tak susah nk dapat makanan halal, sebab kat situ memang tak jual B**i kan. tapi agak was-was jugak mula2 sebab nak kate semua kedai ada jual Arak kan.
dan aku suka lukisan-lukisan ni. cantikkan dan tak semua tempat boleh amik gambar. sob sob. dan malam tu aku sempat buat foot massage..hahaahhaaa sedap jek..tp boleh tahan sakitnya. ahaks. dan selain tu, kami sempat booking utk aktiviti esoknya. kami amik pakej island hoping utk half day. sebab feri kami pukul 3pm kan.


keeseokannya pagi kami singgah makan di warung berhampiran dengan kedai mart. sebelum tu sempat lah menapau beberapa keping FM kan. heheheheee

semuanya menarik, cuma mood nak makan di pagi hari ni agak kureng lah kan. hehehehe dan selepas tu masing2 dah teruja nak ronda2 pulau, sebab salah satu nya alah Maya Bay. perghhh ni yang di tunggu2kan. sebab ada orang feeling nak jadi leornado kan.ahaks.
view dari tempat menunggu. cantik plak susun atur boat2 ni kan. dan kalau nak tau, dalam boat kami tu, semuanya mat saleh kecuali kitaorg jek yang dari malaysia.
serius lah semua tempat cantik dan mengujakan. rasa sayang jek nak tinggalkan. boleh? hehehhee
layankan jek lah gambar, dah tak terkata nak cerita apa, sebab semua cantik, dah lah aku malas nak edit gambar-gambar ni kan.
owh gambar atas & bawah ni kat Maya bay beach. cantik kan?

dan sampai jek kat jeti setelad selesai aktiviti. terus ke masjid utk tumpang membersihkan diri. dan selepas tu meggelupur cari public phone konon nak call hotel kat ao nang tu kata kami check in lambatkan. tp haram tak reti guna. end up try pakai henpon aku..hahaha boleh ok. nasib baik maxis aku memang aku baru topup kan. tapi dia charge rm5 utk seminit. giller cekik darah kan. hehehee dan sambil tu mata jeling2 semua kedai makan..lapat dowh.
dan terus singgah kedai, kedai mula2 tu tak bukak lagi rupanya. terpaksa cari kedai lain..masing2 dah macam nak emo kan..hehehe lapar kan.
dan setel makan jek..terus ke jeti sbb feri kol 3pm kang ada yang tertinggal kan. hehehehee
owh sebelom tu sempat singgah beli selai t-shirt utk diri sndr, tapi yang borong sakan nampak gayanya. aku jek yang kedekut..ahaks.
dan akhirnya kami naik feri ke ao nang. owh dari jeti tu nak ke hotel mmg dah disediakan bas/van utk ke hotel masing2 ikut kawasan secara percuma.
dekat Ao nang ni, kami menginap di Ao Nang Grand Inn. tempat ni ok, bilik pon selesa & bersih, yang penting mangkuk tandas dia cantek. memang layan lah kalau nak memerut tu kan. hehehehe so far aku hepi sebab duduk bilik sorang2, takdek lah adegan tarik2 selimutkan.ngeh33...
kat ao nang ni macam kat Jonker Walk melaka. kedai merata. nak makan pon senang. tapi nak bandingkan makan kat restoran mahal dengan makan kat gerai tepi serius lah, memang gerai tepi jalan lagi sedap & menjimatkan lagi mengenyangkan.ahaks.,
malam tu makan kat kedai mamak. aku pekana ayam tandori, tak silap aku set ayam tu jek 270bath. 10bath = Rm1.kira sendiri lah yek. dan dah penat ronda balik tidur lah kan.


esoknya, masing2 macam takde kata putus dan yang lelaki semua nk ke Bank. aku memang malas nk carik bank sbb tiada sebab kan. makanya aku kata seperate jek lah. aku sorang2 cuba carik aktiviti sendiri. dan disebabkan utk pulau semua dah berlepas. maka terpaksa lah layankan apa yang ada. aku nk berkayak. tapi sedih aku kan sorang, takde orang nak menjadi rakan duet aku. even instructor pon dah ada orang booking kan..,hehehe makanya..aku amik pajek naik gajah ronda dalam hutan.

sedih tau nak amik gambau....tapi aku sayangkan camera aku takut jatuh, mencabar ok naik gajah ni...dah lah nak naik bukit turun bukit kan...paham2 jelah..belom lagi cuak bila nk kena sembur dek belalai dia kan.hahhahaaa datang comel2 balik penuh lumpur ye..huhuhu abaikan gambar bawah ni..hehhee
dan dah abis barulah budak tu nak tolong amikkan gambau..fouhh seb baek ada kenangan kat sini..hahahaha tapi naik gajah ni memenatkan ye....
dan balik jek aku terus terbongkang kat bilik..mula cuba lah nak carik makan, tapi badan dah berlengas terpaksa balik bilik dan terus keletihan yg amat. aku membuta sampai petang.boleh? hahhaaa dan petang nya aku layan sunset sorang2 kat ao nang beach tu..layan jugak rupanya travel sorang2 ni kan... lepas ni boleh buat lah kan.ahaks.
sunset

dan sebelom balik bilik aku mencekik dulu kat gerai tepi2 jalan tu..perghh barulah dpt tomyam yg sedap sehingga menjilat jari. ok menunya nasik ayam paprik lada hitam, tomyam kong & kelapa ice blended baru 120bath. berbaloi tak? hehehe makan sampai nk termuntah aku dibuatnya.
dan lepas kenyang balik bilik.pop kata nik & jijo tgu kat pondok polis...huhu depa nk g makan kat restoran mahal. ak xmakan lah lagikan....aku datang menghiburkan suasana sambl menyedut air kelapa muda..layan ni lauk pauk mereka.
dan dah setelkan perut, rondaan di sambung lagi, yolah nk perabiskan duit yg masih berbaki sebelom balik ke malaysia keesokannya kan.
dan paling best lempeng ke apa..owh pancake ..lempeng lah kan. malam mula2 aku beli banana choc berharga 40bath. sekali rugilah kan.esoknya beli asing2 harga for each 2o bath. satu banana satu lagi choc. hahahaha dpt 2 keping utk 40bath. baru lah kenyang sket.
tp seirus, memang itu lah yg perlu di cari kalau ke sana kan. ok lah dan keesokknya, kol 12pm tepat, kereta dah tunggu depan hotel utk di bawa ke airport. alhamdulillah semua selamat. semoga umur dipanjangkan untuk ke sana lagi.


Nota kaki: panjangnya cerita ni. huhuhu

Good Bye 2018

**pic from google