Wednesday, January 9, 2013

Perjalanan 2013 pun bermula

Page 1-9 of 365

Mungkin agak terlewat utk aku buat entry pasal Tahun baru 2013..sebenarnya aku dah taip baik & pajang giller masa 1 Jan and dah post pakai phone..tapi aku xtau apsal entry tu lesap macam tu je. bukan senang nak dapat idea.nak ingat balik apa yang aku merepekkan time tu pon aku xpasti apakah isi kandungan kerepekan yang aku coretkan masa hari tersebut. makanya, kenalah buat cerita lain dengan emosi yang lain pula.

sambutan?

mana ada istilah sambutan ni. tapi aku ngan DD adalah jengah kawasan-kawasan berpotensi kununnya tapi non hado hasilnya. mula-mula kami ke Solaris, Mont Kiara..perghhh nak pegi tempat kelazz je kan..walhal, nama je kelas tapi Non Hado...sangat sedih..parking sekejapan dah RM10 malam tu...layankan jelah..sebab tugas kami malam tu as wartawan tak berbayar memang tak berbaloi. persembahan artis yang tak dikenali..main rembat je tu..so, tak teruja langsung. mungkin ada hikmah utk kami xmelihat benda2 lagha...oppss...tp niat nak pegi tempat2 macam tu kan asallnya, nasib baik dipanjangkan usia, boleh bertaubat kan...sebenarnya kami cuma nak cari tempat minum kopi yang halal. tapi semua tempat disekitar tu mcm was-was je.and aku bawak lah didi ke plaza damas, sbb hartamas square dah takdek so, ingatkan uncle don adelah kan kat plaza damas, tapi uncle don ke aji don ke dah bertukar menjadi mapley...makanya, layan kopi kat mapley ajelah..sob sob....lepak2 minum + makan lite-lite sampai tak sedar bunyi letusan bunga api..hehehe balik rumah dah keletihan & kengantokan. rasakan...

azam?

ni sesuatu yang standard dan wajib di setkan. if takde azam macam takde matlamat hidup plak kan. ok azam standard aku macam biasa...aku akan carry forward mana yang tak tercapai. setakat 2012 nya azam..ada 2 je yang aku carry forward..alhamdulillan yang lain2 tercapai kan. yang 2ketul ni tak lain tak bukan adalah...

     1) Jodoh
     2) Umrah

dan yang standard biasa yang wajib ada tetiap tahun adalah

    1) dapat mempertingkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi.
    2) dapat memperbaiki segala kedegilan pada kebaikan
    3) mengekalkan tahap kesihatan. semoga sihat sentiasa:)

dan yang hendak di tambah

    1) Belajar menerima
    2) Sentiasa bersyukur

dan lain-lain
    
    1) dan sebagainya
    2) dan lain-lain :P

lain-lain tu masuk kategori if ada/dapat ok..if tak ada/ tak dapat pon aku ok je...giller tak semangat kan azam aku..hahahahaa

2012...

bermula dengan paid leave selama 20hari. phewwww...yolah aku resign dan tolak cuti terkumpul aku yg menimbun tu kan....maka....almost a month...di awal2 taun plak tu..hahahaha tak ke seronok. mungkin itulah rezeki rehat aku setelah 6tahun pulun bekerja masa tu. uhuk

banyak benda berlaku pada 2012 ni. tukar kerja, sampai 2kali. kau ada? hehehe insyallah adalah rezeki aku kat kampeni sekarang untuk aku kekal bertapa sampai aku rasa nak pencen. huhuhu. memang payah nak buat keputusan dan setelah ditimbang tara, mungkin inilah yang aku cari. alhamdulillah rezeki pekerjaan ni melimpah ruah masa 2012...even pagi ni pon ada lagi yang mai menyerah diri. mungkin inilah balasan pada kesabaran lalu. tapi bukan bayangan RM yang dicari. cukuplah sekadar yang ada, dan aku taknak lagi rasa apa yang aku rasa masa 2012 ni. dan semoga aku dapat menimba lebih ilmu di alam pekerjaan di kampeni sekarang. yang penting jiwa aku tenang dan gembira kat sini.

banyak benda yang aku teringin beli/memiliki tapi tak berjaya. tu bermakna...aku xmampu..muahahaa tp alhamdulillah cukup lah minum/makan, pakai & tempat tinggal. asalkan xmerempat..kira cukup lah..even xmelebih2 kan...syukur je cukup utk diri aku and family.

travel....oh yeh...tahun 2012 adalah tahun aku bertenang kot. serius aku tak ke mana2. awal tahun je ke cameroon dengan geng ATAT. itu sahaja. yg lain2 hanya trip ke kenduri kawen semata. giller boring tapi dah nama tukar kerja 2kali..amik kau....mana ada cuti kan..hahahahaa tapi aku lebih kepada bertenang..sebab poket pon tak berapa nak mengizinkan sebenarnya..dan aku OK je even xtravel ke mana2.

2012 jugak aku rasa aku makin matang kot. hahahaha sendiri rasa...sebab aku dah mula pikir apa yang aku cari & perlu cari & cari. mungkin 2012 tahun kesedaran pd diri sendiri.

yang tiada perubahan..aku masih duduk di rumah sewa yang lama..hahahaha berapa taun punya rancang nak pindah tapi..aku masih di sini....uhuk....

dan disebabkan harini dah 090113..maka kalo ikut tahun lepas esok adalah bermulanya hari aku joli katak sebab bermulanya percutian bergaji aku..hahaha tapi tu tahun lepas..tahun ni..esok aku kerja ya..toksah nak verangan. uhuk.

dan itu sahajalah omelan aku pasal 2012 dan 2013. sekian

Good Bye 2018

**pic from google