Thursday, October 2, 2014

Terengganu - Kelantan - Aku datang! (Part 3)

gadis-gadis BTM..mujur boss luluskan cuti..sebab 3orang sekaligus kan..
 
eh terpejam plak mata tukang snap.
best jugak drive alza ni...
 
masa nak cari homestay.... 
masa cari kedai makan boss nak belanja makan..
 
 
dan sweetie lubna in da house. 

Terengganu - Kelantan - Aku datang! (part 2)

 After kenduri kami terus ke kuala Terengganu, untuk malam tu kami dah sewa homestay kat kuala ibai siap-siap. rasa perlukan rehat di tempat yang privacy, gitew kekdahnya. setel letak barang and rehat seround dua, petang tu kami tidak ke mana-mana cuma malam tu dah janji dengan boss zon pantai timur..hehehee janji bukan sebarang janji, janji adalah untuk mengepaw boss makan malam. well, boss zon memang pemurah..maka malam tu menjajau jugak nak cari kedai makan, orang KT ni memang makan luar kot, semua kedai penuh.. aduhai~~
 
Malam tu lepas makan sempatlah aku jumpa Lubna, well acara wajib bila dating Terengganu kan..kena cari geng di sana, dapatlah sembang seround dua dalam kereta, ni memang peel kami, sembang sambil ronda..tapi last2 haus jugak tekak, singgah minum kejap...even jumpa sekejap je, tapi sangat2 syiok sebab macam-macam gossip telah diperolehi..kekekee
 
keesokkannya, adalah agenda nak ke masjid Kristal, dan desa murni untuk shopping. kelassss ada orang cari batik ratus-ratusan tu...erkkk... aku memang tak cari apa-apa.
 
dan aktiviti kat masjid Kristal.hehehe sebab ada orang teringin nak ke sana...layan kan je.
ternampak  basikal, ada pulak yang teringin..layan je...
macam rombongan bawak anak-anak jalan-jalan cuti sekolah.
 
aku takut roboh je basikal ni sebab terlebih muatan :P
 
dan sempat jugak naik cruise dekat pulau duyung tu...
 
posing wajib berenam. 
yanadeeee mimie...
 
dan depan homestay..
 
sebelum masjid Kristal kami singgah dekat sini...masjid terapung (lupa dah nama..) tapi yang dekat kuala ibai. 

Wednesday, October 1, 2014

Terengganu - Kelantan - Aku datang!

Kisah cuti Hari Malaysia, aku dan geng opis ke Terengganu dan Kelantan. Tujuan Utama is kenduri kahwin. Tujuan lain-lain adalah
membuat semak di kawasan-kawasan berkenaan. eh tujuan nak jalan-jalan sambil meronda melawat kawan-kawan.
 
 Bertolak pukul 9 lebih malam dari pejabat kami. konvoi ni 2buah kereta sahaja melibatkan ahli seramai 6orang sahaja. memang selesa...3 orang sekereta...
 
sampai dungun dalam 3am, disebabkan beberapa perhentian dek kerana orang mabuk bau kereta baru..wakakaka..macam-macam
 
dekat dungun kami stay rumah PC dungun. hehehe tuan rumah takde, tapi kami selamba aja menumpang...tq so much PC.
eh muka aku macam terkejut lah pulak..
 
ok yang ini baru ok, ini kat rumah PC dungun, well untung opis yang ada branch bersepah-sepah ni, ke mana-mana pon dok menumpang rumah kakitangan sahaja. dan masa menumpang rumah PC dungun ni, PC ni bukan ada pon, dia pulang ke kampong, makanya kami dah macam penyamun mencari kunci dicelah,celah tiang...wakakaka dan dengan selambanya membuat rumah ini seperti kami yang punya.
 
Tujuan yang sebenar adalah untuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin kawan baik kami di opis iaitu puan suziani, tahniah, kahwin dengan jejaka pujaan jugak akhirnya. 
muka gembira tak boleh blah sebab dah jadi isteri orang, ni kira orang yang pecah telur utk geng bujang kat opis aku..wakakakaa siapa next tu wallahualam.
 
majlis dekat paka, maka kena patah balik ke paka dari dungun. sampai je terus snap-snap gambar sebab takut tak sempat kalau majlis dah makin meriah nanti. 
 
well, ketibaan ahli Kelantan yang macam jauh sangat.
 
dan inilah pengantin 2 sejoli. kesian, kena PJJ jauh tu KL-Sarawak, korang mampu? kesian kesian kesian. bertabahlah paun sue ya..hari2 kena sakat dengan kitaorang dan hari2 kitaorang jugak lah yang menemankan awak. 
half dari opismate yang hadir..ehh silap, 1/3 je kot...yang lain2 next batch bergambar...xmuat frame dah ni.. 
 
selepas dari kenduri kahwin, kami meneruskan perjalanan ke kuala Terengganu, tapi singgah sebentar kat marang rumah aisyah. masa nak raya aisyah kena transfer ke wilayah Terengganu, kelik kampong deme...seronok lah kan...
dan ini wefie masa kat rumah aisyah..asyik aku je tukang pegang monopod tu..tak aci sungguh!
 
dan sambungan selepas ini 

Start all over again

Bukan kerja baru ya.. Aku rasa aku masih SETIA... " aku masih setia,  Di sudut hatiku masih percaya....bla bla..aku masih setia..&q...