Wednesday, October 1, 2014

Terengganu - Kelantan - Aku datang!

Kisah cuti Hari Malaysia, aku dan geng opis ke Terengganu dan Kelantan. Tujuan Utama is kenduri kahwin. Tujuan lain-lain adalah
membuat semak di kawasan-kawasan berkenaan. eh tujuan nak jalan-jalan sambil meronda melawat kawan-kawan.
 
 Bertolak pukul 9 lebih malam dari pejabat kami. konvoi ni 2buah kereta sahaja melibatkan ahli seramai 6orang sahaja. memang selesa...3 orang sekereta...
 
sampai dungun dalam 3am, disebabkan beberapa perhentian dek kerana orang mabuk bau kereta baru..wakakaka..macam-macam
 
dekat dungun kami stay rumah PC dungun. hehehe tuan rumah takde, tapi kami selamba aja menumpang...tq so much PC.
eh muka aku macam terkejut lah pulak..
 
ok yang ini baru ok, ini kat rumah PC dungun, well untung opis yang ada branch bersepah-sepah ni, ke mana-mana pon dok menumpang rumah kakitangan sahaja. dan masa menumpang rumah PC dungun ni, PC ni bukan ada pon, dia pulang ke kampong, makanya kami dah macam penyamun mencari kunci dicelah,celah tiang...wakakaka dan dengan selambanya membuat rumah ini seperti kami yang punya.
 
Tujuan yang sebenar adalah untuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin kawan baik kami di opis iaitu puan suziani, tahniah, kahwin dengan jejaka pujaan jugak akhirnya. 
muka gembira tak boleh blah sebab dah jadi isteri orang, ni kira orang yang pecah telur utk geng bujang kat opis aku..wakakakaa siapa next tu wallahualam.
 
majlis dekat paka, maka kena patah balik ke paka dari dungun. sampai je terus snap-snap gambar sebab takut tak sempat kalau majlis dah makin meriah nanti. 
 
well, ketibaan ahli Kelantan yang macam jauh sangat.
 
dan inilah pengantin 2 sejoli. kesian, kena PJJ jauh tu KL-Sarawak, korang mampu? kesian kesian kesian. bertabahlah paun sue ya..hari2 kena sakat dengan kitaorang dan hari2 kitaorang jugak lah yang menemankan awak. 
half dari opismate yang hadir..ehh silap, 1/3 je kot...yang lain2 next batch bergambar...xmuat frame dah ni.. 
 
selepas dari kenduri kahwin, kami meneruskan perjalanan ke kuala Terengganu, tapi singgah sebentar kat marang rumah aisyah. masa nak raya aisyah kena transfer ke wilayah Terengganu, kelik kampong deme...seronok lah kan...
dan ini wefie masa kat rumah aisyah..asyik aku je tukang pegang monopod tu..tak aci sungguh!
 
dan sambungan selepas ini 

Good Bye 2018

**pic from google