Wednesday, July 22, 2015

kenapa air milo mak jugak yang sedap

topik sembang dengan kazen2 tahun ni..

kenapa air milo mak jugak yang sedap..sedangkan sukatan dan cara bancuhan dah sama.huhuhu.
kazen2 aku anak2 dah besar panjang..alangkan aku yg dh 33thn ni pon tetap nak air milo mak jugak, inikan derang yang baru 15-20thn kan..

sembang punya sembang tetap xdpt jawapan..yg dpt aku simpulkan..saje je nak manja2 ngan mak..muahahahaha

pssssttt: air milo mak memang sedapkan. eh korang yang dah ada anak cer tanya anak korang..kompem anak2 kata sedap...keh keh..xp[e nnt aku tunggu anak aku lah tanya kan..xyah tanya bila..aku pon tak berapa nak pasti bila..hehehehe

Selamat hari raya semua..maaf zahir & batin

Friday, July 10, 2015

23 Ramadhan

Pantas betul masa berlalu
terasa rugi kerana banyak terlalai

23 Ramadhan
7 hari lagi untuk merebut barakah ramadhan

mohon maaf kawan-kawan sekiranya ada yang terguris, terumpat, terkeji, termarah, terkata, dan segalanya yang menyakitkan hati.mendengarkan perkhabaran ramai orang sekeliling dijemput illahi secara mengejut tanpa sebab, membuatkan aku sangat-sangat takut tidak berkesempatan mengucapkan maaf pada kalian. Mati memang tak mengenal usia, tak mengenal tahap kesihatan. Semoga kita dapat saling memaafkan untuk meringankan bebanan di akhirat sana.

Dan jangan berlebihan ketika berbelanja untuk sambutan aidilfitri, kehidupan selepas aidilfitri sekiranya panjang usia adalah sangat-sangat mencabar. dan hati-hati ketika memandu pulang berhari raya.

Good Bye 2018

**pic from google