Sunday, September 13, 2015

Bulan Zulhijjah

Apa yang diperoleh dalam kelas sabtu lepas dan ada kawan yang baik hati dah siap taip and post kat FB maka kita copy & paste aje...

untuk dikongsikan bersama.
------------------------------------------------

Amalan di bulan Zulhijjah dr 1-9
✏kelebihan bulan Zulhijjah Allah sebut dlm surah Al fajr ayat 2..
✅Allah Ta'ala berfirman:
“Demi fajar; dan(demi) malam yang sepuluh; dan(demi) yang genap dan yang ganjil”(Al-Fajr:1-2)
📌Majoriti Al-Mufassirin termasuk Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya.
📌 Begitu juga 'yang genap dan yang ganjil' ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan selainnya sebagai 10 awal Zulhijjah yang mengandungi hari ganjil dan hari genap.
✅Dan cukuplah dengan ayat ini untuk menunjukkan betapa besar dan agungnya kelebihan hari-hari ini kerana Allah sendiri bersumpah dengannya..
✏Allah mencintai pd10 awal bulan Zulhijjah..ibadah yg boleh di lakukan adalah :
📍amalan puasa1-9 @
📍puasa selang sehari @
📍puasa hari Arafah 9 Zulhijjah.
Dihapuskan dosa selama 2 thn, tahun ini dn tahun depan ..dosa besar kena bertaubat..
✏Di samping zikir pagi dan petang .perbanyakkan
📌Tahlil
📌Tahmid
📌Takbir
✏Bersedekah
✏Banyakkan membaca al-Quran dan beserta tadabbur
📌Al Quran itu peringatan. ...kalau tk rasa apa apa atau perasaan ketika kita membaca. .itu tanda kita tak rasa kebesaran Allah
📌Keyakinan pada Allah tidak kuat. ..
📌sesiapa yg bersih hatinya,jauh dari syirik, jauh dr mazmumah, dia akn dapat hidayah ini..
✏pertingkatkan amal ibadah siang dn malam demi utk mendekatkan diri pada Allah.
✏kelebihan malam terletak pd lailatul qadar
✏kelebihan siang terletak pada 10 hari bulan Zulhijjah
✏maghrib hari isnin sepatutnya 1 Zulhijjah. ..
✏Jika tk mampu buat semua ...jangan tinggalkan semua yer.
Jom kita beramal
Wallahua'lam 🌸 
Tmn Hillview
12/9/2015

Good Bye 2018

**pic from google